Thursday, April 3, 2014

Kekangan

Assalamualaikum...

Kekangan dan sekatan yang wujud dalam keadaan sosial negara kita hanya akan menghasilkan manusia-manusia yang bertindak semacam robot. apa gunanya akal dan fikiran andainya kita terima je bulat-bulat akta-akta dan sekatan-sekatan orang berkuasa?  apa relevannya kita menjadi makhluk istimewa yang dibekalkan akal yang mampu membezakan benar dan batil berdasarkan wahyu dan bukti-bukti andai kita cuma memilih untuk "play safe", menerima tanpa menyoal, redho dan pasrah?

Tidak sedarkah kita potensi yang ada dalam pemikiran dan akal logik, mampu menggugat mereka yang lamun dibelai nikmat berkuasa? apakah nilai akal yang diberikan Tuhan ini sangat rendah sampai kita tidak menghargai dengan menggunakannya berdasarkan fungsi-fungsinya yang sebenar? diberikan akal, suatu alatan yang sangat berkuasa disertai dengan tanggungjawab. tanggungjawab kita banyak, antaranya memakmurkan muka bumi Tuhan ini. dan apa yang kita buat? kita membiarkan sebahagian daripada bangsa manusia mengawal dan menentukan cara hidup kita.

Sekarang, semakin jelas usaha pihak berkepentingan untuk mewujudkan manusia yang hanya tunduk mengangguk, tidak melawan, taat setia, "play safe", jilat kaki, dan golongan pengampu. tiba masanya kita bertindak untuk membebaskan diri daripada permainan pihak yang berkepentingan ini. sebab sifat semulajadi manusia itu sendiri tidak begitu. sifat manusia dia menentang.

tapi lebih mudah untuk menerima tanpa menyoal.

ignorance is a bliss, bukan?