Monday, November 18, 2013

Projek Kolej

Assalamualaikum...

Kat UM, memang banyak program dan projek yang dijalankan sama ada oleh badan pelajar, kolej kediaman mahupun orang persendirian. Aku baru-baru ni telah join urusetia bagi projek Balai Islam kolej aku.

Aku pun tak pasti macam mana dan kenapa aku menyusahkan diri dalam melibatkan diri dalam projek yang satu ni.

Projek ni diberi nama Bengkel Perfect Solat.

Hasil gerak kerja projek, aku dapat tahu yang dalam usaha nk buat projek atau program, masalah paling utama ialah peruntukan kewangan. kedua, ahli yang tak berkomitmen. kena banyak sabar, nak-nak kalau dapat ketua yang banyak songeh. Teamwork itu adalah sangat fundamental.

Aku diletakkan dalam Unit Multimedia dan Pendaftaran. Well, nak bangga sikit yang poster ni aku yang buat. Sungguh aku rasa bertuah time sekolah dulu aku try belajar Adobe Photoshop dgn mahaguru, Syed Nazirul Yoe dan terlibat dgn aktif dalam Kelab Bestari & Fotografi SMKA Tok Jiring.



Hasil pengisian program, aku dapat tahu cara sembahyang yang perfect, ikut sunnah. Best, rugi ah sape-sape yang tak join, haha.


1 comment:

Sharifah Syahirah said...

spot syukeri hashim kat situ, classmate i.. haha