Thursday, October 3, 2013

Naseb kita

Assalamualaikum...

Realiti era kita. Era yang dikatakan maju dari segi material, dari segi intelektual, dari segi teknologi.

Malangnya penghayatan dan pengamalan, ikhlas, suci, lahir dari hati nurani, makin payah nak jumpa.

Semuanya dinilai dengan duit, dalam unit RM. gaji kau berapa, hutang kereta kau berapa, kau buat benda ni kau boleh dapat berapa, buat apa sukarela, aku buat benda ni aku nak sekian RM.

sebab keikhlasan tu unitnya bukan RM, maka buat apa amalkan?

Rumah banjir dengan harta tapi hati kontang dari rasa.

Kerja sekarang payah nak dapat, yuran universiti mahal, buku mahal, nasik mahal, yang graduate dalam degree pun kerja McD.

Tukang sapu dipandang hina, tapi sebenarnya kerja dia lah yang paling mulia.

gadget makin maju tapi manusia makin bodoh.

teknologi kesihatan makin pesat tapi orang sakit makin ramai.

ramai yang cemerlang, tapi benda simple mcm flush tandas lepas guna pun payah.

"A" dibilang tapi ilmu tak dipandang. "degree" dipegang tapi common sense dan adab tak tau campak mana.

paling penting,
realiti, barang makin mahal tapi makin kecik
Maggi pun makin mahal tapi makin kecik

malang.
buat kita.

No comments: