Sunday, September 8, 2013

Go Kurshiah

Assalamualaikum...

1st year degree student sekarang ni sibuk tulis pasal orientasi kat universiti masing2 dalam blog, kat status facebook, siap tweet bagai . aku pun tak nak ketinggalan la. jadi mainstream sekali sekala.

program program yang disusun mase orientasi ni aku lihat semuanya ada kaitan dgn menjadi sorg pelajar. bukan setakat pelajar yang belajar akademik, juga pelajar yang belajar skill2 yang penting dalam alam pekerjaan kelak.

dari segi akademik, aktiviti-aktiviti di fakulti sangat membantu. sebab kat sini kami student terpaksa ambil university courses, faculty courses, juga department courses. jam kredit mesti cukup kalau nak graduate on time. kalau tak cukup maka kena la extend pengajian. aku dapat tau ape itu first class, second class kat festival konvokesyen. tapi aku pun masih pening-pening pasal akademik ni.

dari segi bukan akademik, kami diprogramkan untuk berjumpa dengan alumni-alumni universiti ni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Pandalela rinong, Anas Zubedy, Shabery Cheek, Muhyiddin Yassin, serta Aznil Hj Nawawi, orang femes dalam negara ni yang berkongsi pengalaman dan pandangan dalam usaha menjadi student yang proaktif dan menyerlah.

antara pesanan yang aku ingat ialah jangan takut untuk menjadi lain dari yang lain.

so, moga semangat yang terbina dalam minggu orientasi ini berterusan sampaila kita graduate. insyAllah.

notakaki: Kurshiah tu nama kolej kediaman ketiga kat UM.

No comments: