Monday, August 12, 2013

Amazed nuff

Assalamualaikum...

oooo rumah syuk sampai, rumah aku tak sampai. - feeling amazed

apa mungkin dia lebih rapat dengan dia berbanding dengan aku, atau apa mungkin dia dah sekelas dengannya lebih lama dari sekelas dengan aku. bandingan aku dengan dia apa mungkin setaraf bandingan langit dan bumi, sebeza hitam dan putih, sebernilainya permata mengatasi sekeping kaca.

rumah aku tak jauh dengan rumahnya, dalam satu kampung. melalui jalan yang sama, berkongsi poskod yang sama. tapi mereka tak sampai-sampai.

lama aku tak jumpa. berkali-kali aku teringat, bukti mereka hidup dalam kenangan. kenangan aku. kenangan mereka? aku barangkali dah mati membusuk, berulat, dalam tanah terbiar dan nisanku ditanda "orang sampah".

aku fikir kat mana aku buat salah. aku tunggu. aku menung, aku diam. kemudian datang satu kancil gila pusing2 depan rumah aku. tak fikir panjang, terus menoktahkan lamunan menyakitkan sambil buat 3 tap touches- wallet, kunci, handphone.

keluar, fikir aku. benda ni menyesakkan.

selang beberapa waktu, aku sedar tak guna kenangkan orang-orang lama yang tak mengenang aku. apa kata cari orang baru?

matilah, kenangan.

3 comments:

Mujie Chan said...

mar. sabar mar. biaselah mnusia. baru tau spe kwn spe lwn. #ehhhh. tetibe plak. haha. nyway, slmt hari ryer mf zhir batin ^^

norhafizahalias said...
This comment has been removed by the author.
n41m 21kr1™ said...

3 tap touches..haha~