Friday, June 14, 2013

Undian dibuka

Assalamualaikum...

I do love my job. that's what i tell myself in order to convince me to get off to work. but the reality is i really really hate my job because of customers' rudeness that can't be tolerated.

Aicehh jadi orang Amerekaa kejap. aku nak cerita pasal situasi tipikal pelanggan kat tempat aku kerja. kadang-kadang memang nampak kecik je tapi tolongla faham kami ni kerja dengan bayaran yang tak padan kalo nak dibandingkan dengan berat dan panjangnya waktu kerja.

dan aku sertakan tindakan-tindakan yang menjadi impian aku untuk dilaksana.

situasi satu: sampah
Selamba je dia buang sampah depan aku walaupun tong sampah dekat sangat dengan pam minyak. kadang-kadang sampah diletak kat atas tudung tong sampah tu.
a) Jerit kat tong sampah "kau ni sia-sia je dicipta dan wujud kat sini! last-last manusia buang sampah merata-rata jugak!"
b) Bagitau pelanggan bahawa sampah letaknya dalam tong sampah dan tong sampah letaknya di sini *sambil tunjuk lokasi tong sampah*
c) Bagitau dengan sinis: haiiiii, tak reti nak buang sampah ke dalam tong sampah ke?

situasi dua: minta tolong
Pelanggan: EY EY EY, isi ni jap
a) cakap kuat-kuat nama aku dan kepentingan perkataan tolong.
b) cakap EY amende EY EY? isi sendirila ye
c) pandang dia dengan muka blurr dan buat tak tau
d) baling nozzle kat muka dia
e) sembur petrol kat muka dia

kadang-kadang perkataan tolong dan panggilan mcm adik, abang atau awak membezakan masyarakat berminda kelas pertama atau kelapan.

dan kebanyakan yang buat mcm ni adalah orang yang pakai kereta besar dan moto besar.

ya, ini membuktikan kereta besar dan moto besar selari dengan besarnya ego.

No comments: