Sunday, June 2, 2013

Hidup Sekarang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semenjak lepas asasi sains kat UiTM, aku tak pernah rasa sakit ataupun di jangkiti demam atau batuk atau selsema atau HIV dan sebagainya lah. yelah, dah ramai tanya aku, aku sihat ke tidak, buat ape sekarang, dan mcm-mcm la FAQ. ecehhh perasan retis lah tu.

Semenjak kerja ni, ramai pulak tanya aku, aku tak belajar ke? aku jawabla aku belajar kat asasi sains UiTM, dan dia angguk tapi muka macam timbul persoalan. aku pun tambah, macam matrikulasi la. ooooo dia angguk dan senyum. dah banyak kali aku kena macam ni. jadi lepas je insiden tu, bila orang tanya aku tak belajar ke, aku jawab tak belajar dah. keje je. hah padan muka.

selain dari jawatan aku sbg pump attendant, aku pun berasa macam aku ni GPS bila diajukan soalan "depan ni ada highway kan dik?" atau "macam mana nak pergi Merang?" atau "kalau ikut jalan ni, sampai tak Kemaman?".

selain GPS, aku jugak rasa aku ni tourist guide bila ada soalan dari customer macam "kat sini ape lagi popular ye dik?" atau "sini homestay mana yang dekat?" atau "sini mana nak cari ikan celup tepung?"

so sekarang aku seorang pump attendant, GPS, tourist guide, driver berdisiplin, anak soleh, dan abang mithali.

No comments: