Saturday, April 6, 2013

SELESAI

Assalamualaikum...

Harini, 5 April 2013 tercatat satu lembaran baru utk aku. berakhirnya sesuatu dan petanda mulanya sesuatu. Paper fizik, last paper kat Asasi ni dah habis. Syahmii, aka Milim, housemate aku dan adib baru je bertolak balik ke Ipoh. sayu gampang suasana.

bayu malam bertiup mcm bese kat Palam. sejuk dan menenangkan. esok plan nak keluar dengan classmates, utk terakhir kalinya. moga dipermudah.

aku kenal ramai orang yang aku rasa tak dapat nak cari ganti. housemates: zainul aka keton skeleton, umar aka cino, iqbal aka ibey, asyraf aka acap taufiq aka topek dan syahmii aka milim. classmates: amin, najmi, irfan, acip, puci, eg, dan fawwaz.

dan watak-watak yang menjadi peneman kat palam ni.

aku masih ingat time kami stay sini masa semua orang balik untuk cuti raya cina. kami main "hunger game" sbb kafe tak bukak. class trip ke gopeng mustahil aku boleh lupa. trip ke Melaka paling bersejarah.

hari-hari di asasi bakal dikenang.

tapi apehal jiwang sangat ni?

entah. mungkin masih tak puas kenal antara satu sama lain.

apa pun, hidup mesti jalan ke depan. mesti gerak ke depan walau dlm keadaan merangkak. walau mengengsot.

halalkan segala ilmu yang korang ajar. halalkan segala hutang aku dengan korang. moga korang dan aku terus sukses. terus menerus sukses. insya Allah.


ASASI SAINS UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM
-SELESAI-

No comments: