Friday, December 7, 2012

It has come to this

Assalamualaikum...

Kelas dah start, tutorial dah start nak menimbun, cuma lab report je belum start.

So, haritu time tutorial kimia, Miss Azaimas ada pesan banyak benda. besela, 1st kelas ni banyak pesanan, pengenalan, dan ice breaking. yang aku ingat ialah time dia cakap:

Sebelum awk datang kat saya dengan macam-macam gaya, saya nak pesan kepada awak supaya cepat-cepat consider bidang mana yang awak nak pilih time isi upu nanti. saya dah banyak pengalaman, student saya datang kat saya, kalau student perempuan dia main-main ekor tudung tau, lepas tu cakap yang saya tak tau lagi saya nak isi apa kat upu. awak kena target betul-betul mulai sekarang. kalau awak takde target, awak ade ke kekuatan nak datang kelas pukul 8.30 tiap-tiap hari? awak ade ke dorongan nk siapkan semua tutorial, lab report, semua-semua tu?

aku macam tersedak dan tersentak sikit. yela, asasi sains kat uitm ni tak menjurus ke mane-mane bidang lagi. aku dah lame tak fikir pasal lepas ni nak sambung ape. memang dah ade cita-cita, tapi pointer bg semester 1 tu corot je, takkan nak demand amik course degree yang payah-payah, kan?

miss yana pun cakap dia kesian dekat boyfriend dia yang jadi doktor. banyak kerja. kematu tangan sebab tulis banyak sangat. kematu kaki sebab berdiri lama sangat. katenye nak jd doktor kena ada hati yang murni, tak harapkan duit. cita-cita doktor tu kena datang dr hati, bukan cita-cita yang mak bapak awak tanam.

hmmm.
well, it has come to this.


No comments: