Monday, November 12, 2012

Dialog

Assalamualaikum...

+ kau dapat sikit, ramai lagi orang dapat sikit dari kau.
- orang lain yang dapat banyak dari aku tu kau tak cerita pulak?

+ kuatkan semangat, bro! takkan benda camni pon kau takleh nak terima?
- mcm mane kalau ak ckp yang aku dah takde semangat nk lawan putus asa aku ni?

+ takpe, sem 2 masih ada!
- kalau sem 1 pun aku dah takleh skor, ni kau expect aku nk skor sem 2 pulak? tak ke sem 1 lebih senang dr sem 2?

+ sem 2 kau pasti boleh skor punye!
- aku bukan org bijak dan optimis mcm kau.

+ kau mintak tolong orang ajar kau kalau kau tak paham sgt, dorang nk tolong punye!
- org yang paling rapat dgn aku pun tak tolong aku, kau nk expect apa?

+ bro, gagal tu permulaan kepada kejayaan!
- kejayaan ape kau cakap ni? aku dah tak nampak masa depan dah.

+ masa depan takde sape yang nampak. kau jgn nk harap kejayaan bergolek depan kau je.
- aku dah tak nampak masa depan aku kecuali kerja kat shell sampai aku bongkok. titik.

+ ape jd pada cita-cita kau?
- aku nak cari cita-cita lain.

+ kau cpt sgt menyerah! pondan!
- kau tak paham aku.

+ sikit je bezanya. 0.4 je.
- sikit bgi kau. beza pointer dia ngan pointer aku bawa byk makne kpd aku, bkn setakat 0.4.

dialog. dialog antara unsur positif dan unsur negatif. unsur positif yang memujuk dan unsur negatif yang menghasut. unsur positif dan negatif terus berlawan dalam dada. terkadang dada terasa sebak sebab perbalahan ni.

siapa akn menang?

hati akan terpujuk akhirnya
atau
hati akan terus terhasut?

2 comments:

Fatin Oriell said...

liked.
the negative ones.

a square said...

kalau Allah lambat makbulkan doa kita ,
means Dia nak uji kita ..

so kuatkan semangat .. haha ..
*senang je tulis , tapi bila kene kat diri sendiri .. halahai -.-

love your writing , anyway .. :)