Monday, November 26, 2012

A man you've become

Assalamualaikum...

Hari ini, 26 November 2012 dah jadi satu tarikh sejarah. Sejarah untuk siapa? Dalam mood cuti sekolah, ramai mak ayah yang ada anak lelaki yg berumur dlm lingkungan 5 hingga 12 tahun amik kesempatan ni utk menjadikan kanak-kanak itu seorang...lelaki. So, hari ini adalah sejarah untuk mereka yang daripada kanak-kanak menjadi seorang lelaki melalui kaedah berkhatan.

Kenapa? Bahagian yang paling sensitif kepada kesakitan untuk lelaki ialah [itu]nya. dan apabila [itu]nya dipotong, tidakkah peristiwa tu menjadi kesakitan yang paling perit? kesakitan tu perlu, dan mesti diatasi. Sakit tu memang sakit, tapi surely memang takleh lawan sakit time nak beranak.

Benda normal time majlis khatan ni konfem menggelupur. maunya tak menggelupur mase kena tu. yang buat scene nak-balik-umah-tak-nak-kena-sunat pun ramai. "takmboh, takmboh, takmboh, mokkkk". "ayohhh, nok balikkk" tapi yang tenang gembira takde ape pun ade je. control macho, mungkin.

ade jugak yang bila keluar dari bilik tu, sengih je. mungkin dia rase sakit tu benda yang kelakar. tak pun dalam otak dah tergambar ganjaran yang mak bapak dah janji. atau mungkin terasa diri dah jadi sorang lelaki yang macho. ecehh. haha.

Sebahagian scene yang disebutkan tu berlaku kpd adik-adik aku. haha.



Brothers, a man you've become.

No comments: