Thursday, November 8, 2012

9 dan 10 November

Assalamualaikum...

Mentari hari ini bermula garang. menyilaukan mata yang memandang. yang sedang membuta tentulah tak silau, ok? manusia mula sibuk melakukan urusan sebermula 4.00 pagi lagi. ramai yang tak tau kuih yang dijual di kedai pagi-pagi sebenarnya telah dihantar pukul 4.00 pagi td oleh pembuat kuih. surat khabar tiba pada waktu-waktu begitu juga.

6.00 pagi, majoriti sudah bangkit utk subuh.

7.00 pagi, menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja.

hari-hari berlalu pergi.

dan aku di sini duduk menikmati hari-hari cuti. membuncitkan perut, mengisinya dengan makanan. tanpa sebarang permasalahan yang membejati.

sampailah bulan november, otakku mula terbeban. badanku mula seram sejuk. hatiku tak keruan, ah.

9 dan 10 november 2012 akan menjelma!

dua tarikh ni sebenarnya adalah penentuan masa depan. sebab tu la hati aku ni membejat. hilang sudah ketenangan waktu cuti, yang tinggal cuma kebimbangan tentang mase depan. hati, tenangla. jiwa, tenteramla. tolong bantu aku, jgn seksa aku dengan kebimbangan kau tu.

cuak gila weyhhh!

2 comments:

norhafizahalias said...

10.Novermber.. Happy Birthday.. :)

(sory, TERawal sikit wishnya) :)

o-r-b-s said...

ohh. time kaseh.