Tuesday, October 23, 2012

Kenangan

Assalamualaikum...

Bila tengah cuti ni, hari ni hari ape pon kita tak leh nak agak. jadi aku pun buat anggapan, hari-hari hari sabtu. yela, kalau nk cakap hari ahad, kat Terengganu tak cuti. Terengganu cuti jumaat dan sabtu. kalau nak katakan hari-hari hari jumaat tak leh, sebab orang pantai barat tak cuti. tapi hari sabtu ni senegara cuti. kalau ckp hari-hari hari sabtu, konsep ni boleh diguna pakai satu negara. dari tambak besar johor sampai taman negeri perlis. dari Pulau balambangan kat sabah sampai tanjung datu kat sarawak. hehe.

ade ramai lepasan spm yang rindu akan sekolah. suasana, kawan, dan lain-lain. ramai gak budak form 1 rindu mase mereka kat sekolah rendah. ramai orang tengah kerja rindu masa dia masih sorang student. bila orang dah pindah sekolah, tempat kerja, etc, rindu tempat lama mereka.

tak salah merindu. tu kan memang naluri semulajadi sorang manusia. merindu dan mengenang. kenangan yang sentiasa dikenang.

tapi apa yang perlu kita buat buat masa sekarang ialah keep going. life must go on. enjoy every moment. setiap saat yang kita habiskan kat tempat kita sekarang, setiap saat yang kita habiskan dengan siapa saje sekarang ni, setiap detik yang kita korbankan untuk semua kerja kita sekarang ni, nikmatinya sebelum ia pergi. buat sehabis baik, moga diberkati Allah.

No comments: