Thursday, August 9, 2012

Ke mana hilangnya . . . .

rasa itu. ke mana hilangnya? gembira, ke mana hilangnya? rasa senang, ke mana hilangnya? puas hati, ke mana hilangnya? ke mana bangga?

ku meronta dalam sedih, kerana gembira itu hilang. aku rasakan susah, payah. sebab rasa senang tu dah pergi. aku berkecamuk dlm keadaan tak puas hati, sebab masa aku berpuas hati dah berlalu.

benar, orang kata hidup semacam roda. sesekali di atas sesekali di bawah. tapi aku tak nampak pun tanda-tanda yang aku akan berada di atas. sampai sekarang. tanda-tanda itu belum mencelah. yang ada cuma kepayahan sepanjang masa.

tak ada yang aku pinta, yang aku cari kecuali kebahagiaan. aku makan untuk rasa kenyang, bahagia. aku berkawan untuk rasa aku berteman, bahagia. aku belajar untuk pandai, bahagia.

apa makna aku buat semua ni kalau bahagia tak datang-datang?

mungkin memang takdir aku untuk berasa sendiri, berasa susah, berasa payah, berasa tak puas hati, berasa tak bahagia.

atau

mungkin rasa gembira itu ada, cuma segan untuk menjenguk. rasa senang itu ada, cuma mungkin menunggu masa untuk memuncul.

kembalilah, bahagia.

No comments: