Sunday, August 19, 2012

Dan dia kembali

Assalamualaikum...

1 syawwal dah kembali. musim ketupat, rendang, serunding, lemang, kembali lagi. musim $ $ $ kembali. hehe. famous kembalilah lagu sudirman. kedai kasut dah habis stok. kedai baju tinggal hanger je. pengusaha bazaar tengah kira duit. untungla duit banyak. untunglaaaaa.

dan banjirlah facebook dengan ucapan "aku mintak maaf  zahir dan batin kepada semua kawan-kawan yang ada terasa hati dengan aku, bla bla bla, begini begini dan begini"

ucapan ini terlalu umum, tersangat tidak spesifik. kalau betul kita mahu mohon maaf dan kita sedar yang kita bersalah dengan orang tu, dengan orang tulah perlu kita pohon maaf darinya, secara spesifik. apa guna kalau setakat ucapan begitu? ego orang mana yang sanggup mengalah dengan ucapan tu? takde bro, takde.

andai ade yang tidak tersengaja, mari kita beristighfar, mohon ampun dari Yang Maha Mengampun untuk kita dan untuk dia. moga-moga dosa kita terampun.

moga-moga semua ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan itu diterima

moga-moga sambutan hari Raya kita ini dikira sebagai ibadah, bukan adat semata.

moga-moga.

No comments: