Saturday, August 4, 2012

Bersyukur

Assalamualaikum...

hidup ni, tak semua yang kita nak kita akan dapat. apa yang penting kita bersyukur. bersyukur dengan apa yang kita dah dapat, redho dengan apa yang bakal mendatang dan bersedia menghadapi tribulasi hidup. aku kat sini, universiti yang orang pandang rendah kualitinya. " kau dapat 9A SPM, situ je kau dpt? " aku sendiri pun, masa aku dapat tawaran ke sini, aku terfikir, ini je? ni je ke yang Allah bagi kat aku? kat sini je?

namun lepas aku jalani sendiri suasananya, aku tengok apa yang orang lain keluhkan, aku tengok apa yang orang lain takde, betullah, suasana kat sini memang betul kena dengan aku. fasiliti kat sini seriously tip top. lif ade, aircond ade, scenery ade, pengangkutan bas ade, makanan murah, etc, etc.

kat sini hidupnya biase je. belajar memang susah, tp orang lain punya lagi susah. berjalan memang penat, tapi orang lain lagi penat. tapi orang lain mengeluh sbb pagi-pagi takde air, aku kat sini air pergh best gile. orang lain biliknya berlantaikan tikar getah, kat sini aku berlantaikan mozek. aku rasa bertuah. rezeki aku kat sini dan aku redho dengannya.

moga hati aku selalu redho mcm ni. barula awet mude!

ayuh terawih!

No comments: