Wednesday, August 15, 2012

aku yang gagal

gagal dowh, gagal. failed kalau ikut orang putih.

tapi aku bukan orang putih, aku orang gagal. aku gagal sebagai seorang anak, aku gagal sebagai seorang kawan, aku gagal sebagai seorang teman, aku gagal sebagai seorang mantee, aku gagal sebagai seorang penuntut, aku gagal sebagai seorang hamba, aku gagal sebagai satu dari bertrilion zarah yang ada kat muka bumi.

aku orang gagal. gagal, segalanya gagal. itu ini gagal.

bukan ku malas berusaha, bukan ku segan bertanya. tapi segalanya tak menjadi, tak menepati. semacam semua yang aku usahakan hanya debu-debu yang berterbangan, tiada hasil. macam buih. buih yang kalau dipecahkan, tiada apa. sangat berbeda dengan ruyung yang jika dipecah, akan kedapatan sagu.

siapa yang mahu gagal? aku tak.

Thomas Edison gagal 1000+ kali. Muhammad SAW gagal memujuk bapak saudaranya untuk memeluk Islam. Steve Jobs dipecat dari syarikat yang diasaskannya sendiri. Imam Malik gagal menarik minat anaknya sendiri ke arah ilmunya. Henry Ford gagal sebanyak 5 kali sebelum mengasaskan Syarikat Motor Ford. Nabi Nuh gagal berdakwah kepada isteri dan anaknya. Walt Disney dipecat oleh seorang editor sebuah akhbar kerana dikatakan "kurang imaginasi dan takde idea yang best". Nabi Luth gagal menghalang perbuatan homoseksual isterinya.

ini orang-orang gagal yang berjaya.

dan sebab itu,
gagal ni gunanya untuk bangkit.

No comments: