Tuesday, April 17, 2012

RM20

Assalamualaikum...

siapa kata yang nak dapat duit ni senang?

naik motorsikal, vrooom sana vrooom sini. pakai smartphone bai. siap tunjuk-tunjuk dengan kawan-kawan lagi. pakai mekap nak nampak lawa. GAH.

tapi bagi aku, jangan nak berlagak sangatlah kalau semua benda yang anda sedang lagakkan ini hasil dari titik peluh darah mak bapak sendiri. selagi duit yang digunakan nak beli barang-barang yang sedang anda tunjuk tu adalah bersumberkan mak bapak, jangan berlagak. sebab bukan senang nak dapat duit. bukan senang.

sapa yang tak pernah merasa lagi memang akan kata senang je. tadah, buka mulut, keluarkan suara, dah dapat. tak payah berpeluh. tak payah nak terasa lenguh kat badan. tak payah kena marah, dapat duit.

nak pakai smartphone, main mintak je. kalau mak bapak tak tunaikan, merajuk. buat muka. kononnye buat mogok. berlagak betul kau ni ye. tak sedar diri betul kau ni ye. tak de malu betul kau ni ye. tak faham ke cari duit ni bukan senang?

untuk dapat RM20, bagi yang lepasan SPM, perlu kerja selama 8 jam. ulang, 8 jam. lenguh lutut, urat, otot, sume benda. balik terasa nak tidur je. tu tak campur kena tahan telinga, dengar bos membebel. risiko kat tempat kerja lagi. sumenye demi RM20.

mase tu la terasa betapa amat payahnya nakkan duit. dan terbayang bagaimana mak bapak kerja nak puaskan hati, kehendak, nafsu, dan gelojak jiwa anak-anak.

dan bila aku terlihat yang berlagak dengan pemberian mak bapak, terasa kesian dengan mak bapak dia. bila aku lihat mereka yang buat mogok sebab mak bapak tak tunaikan permintaan, kesian kuasa dua dengan mak bapaknya.

maka hargailah setiap sen. setiap sen tu ditukar dengan peluh, darah, dan air mata. hargailah mak bapak. banting tulang sebab nak belikan anaknya kemahuan. banting tulang untuk setiap bil kat rumah. bergolok gadai untuk universiti-kan anaknya.

Allahumma ghfirlana zunubana waliwalidina warhamhum kama robbawna sirara

4 hari kerja terasa macam 4 minggu =.=

 abg najib, pinjam gambar ye? kalu tak beri i tak nak undi u

1 comment:

uwmaisarah said...

Amboi macam dah nak give up dengan kerja jeee. Hihi. Takpe, kerja sendiri, baru tau rasa nak hargai apa yang parents korbankan utk kita :)