Wednesday, April 11, 2012

Program Usahawan Muda

Assalamualaikum...

Program usahawan muda ni singkatnya orang panggil P-U-M. ade sebut 'PUM', ade jugak yang sebut 'PAM'. tak kisahla, janji program usahawan muda ni program yang diadakan di sekolah, melibatkan pelajar, dan berjaya beri satu pengalaman yang berbeza dari persatuan tipikal yang lain.

kenapa berbeza? sebab PUM ada kiosk sendiri. ibu pejabat sendiri [bilik ERT] dan bilik gerakan sendiri [bilik cg Zaharah]. ada buku laporan yang setebal 400+ pages sendiri, dan ada imej tersendiri. tak disebut lagi PUM ada ahli-ahli yang komited dengan persatuan.

entah macam mane aku termasuk dalam program ni. sedar-sedar dah ada dalam tu.

sepanjang form 4, dah banyak kelas aku tinggal. mcm-mcm subjek aku tinggal, sampaikan nama aku nama yang paling kerap ada dalam ruangan 'Pelajar Tiada Dalam Kelas' dan sebab nye adalah PUM. tapi kadang tu aku saje je malas masuk, buat alasan PUM. senang kan hidup aku mase tu?

awal-awal form 5 pun, 2 minggu straight aku takde dalam kelas. bertungkus lumus nak masuk Konvensyen PUM Negeri. cg Zawaiyah pun gelarkan aku MR BUZY. haha, cikgu, cikgu. hmmm :)

memang ketinggalan dalam belajar akademik. tapi langsung tak ketinggalan dalam belajar untuk hidup. pada aku, takde sesalan pun aku ikut program ni. walau cikgu kata macam-macam sebab tak masuk kelas dia, walau orang kata yang masuk PUM ni rugi gile sebab ketinggalan akademik, walau mak bapak sendiri pun dah mcm sikit lagi nak tak redha, tapi PUM ni still, bagi aku satu pengalaman yang takde taranya. satu PERJALANAN yang takkan dijumpai dalam kelas.

nasihat aku bagi yang nak masuk PUM ataupun kegiatan kokurikulum lain yang memerlukan komitmen sampai perlu tinggalkan kelas, masuk je tanpa ragu. tapi dengan syarat kena ambil tahu apa yang telah kita tinggal dalam kelas. kena belajar lebih gigih dari orang lain. kena jumpa cg dengan kerap untuk catch up orang lain. dengan tu, kokurikulum dan kurikulum anda akan bergerak seiringan. dan itu, satu kelebihan ;)


 di kiosk kami yg humble, hehe

 bincang bulanan, gaye korporat la konon konon
 Persada Johor, JB. Konvensyem PUM Nasional baii. haha

No comments: