Thursday, April 12, 2012

Biasiswa JPA, MARA, etc, etc

Assalamualaikum...

Sekarang ni masa yang sibuk buat mereka yang cemerlang dalam SPM 2011 untuk cari badan korporat atau mana-mana institusi yang sanggup jadi penaja mereka supaya boleh sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kate orang. mereka yang A+ bersepah dalam slip tu tak payah nak runsing sangatla kan. mintak je, mesti orang bagi punye.

yang straight A pon perlu apply je, orang tetap bagi punye. kalau bkn JPA or MARA, Yayasan negeri mesti bagi kann. bkn biasiswa yang mewah pun kurang-kurang bolehla pergi seberang laut nu.

okay, aku agak jeles kot. belajar kat negeri orang tu impian sume orang. nak merasa winter, spring, autumn dan summer. nak merasa duduk kat timur tengah nu. timba ilmu akademik dan ilmu nak hidup secara serentak. siapa yang tak nak kalau diberi peluang yang perfect?

tapi sikit orang je yang dapat. orang yang rezekinya banyak. nak ke luar negara kenala ada penaja. nak penaja kena ada banyak A.

sume orang bercakap tentang penaja. tajaan tu tajaan ni. nak pergi situ nak pergi sini. temuduga tu resume ni. untunglaaaaaaa

tapi aku?

aku kena ingat yang mungkin rezeki aku tak datang melalui penajaan. mungkin datang melalui zuriat yang ramai, hahaha.

aku boleh berjaya, tapi berjaya dengan cara tersendiri. mereka melalui fast-track, aku lalu ikut jalan panjang sikit. tapi masih boleh berjaya. angan-angan dah aku jadikan impian. impian aku on the way nak jadi realiti.

tapi ke mana aku nak sambung lepas ni? :S

2 comments:

Syira Qahira said...

salam..

setiap antara kita telah ditetapkan perjalanan hidup masing-masing... tidak dapat ke luar negeri bukanlah satu kekecewaan besar sebenarnya...sebab ramai juga yang berjaya belajar di malaysia ;)

o-r-b-s said...

w'salam..
kalau kat blogger ni ade boleh like komen, saye nk like komen syira 14 kali, haha