Wednesday, March 7, 2012

Pokok dan Perempuan

Assalamualaikum...

recently, untuk kurangkan kebosanan aku yang dah berada pada tahap paling tak boleh blah, aku tanam pokok. pokok limau madu tak silap. entah, aku pun tak pasti. lepas tu tiap-tiap petang sebelum keluar aku kena siram dan letak sikit-sikit baja supaya dia tumbuh sihat, cergas, cerdas dan tampan.

aku siap cakap "tumbuh elok-elok ye awak". ingat pokok ni benda tak hidup ke? pokok ni kan benda hidup, so dia dengar ape kite cakap.

well, aku terfikir satu analogi. dalam aku nak suruh pokok tu tumbuh, aku kena yakinkan dia untuk tumbuh. aku kena bagi dia nutrient-nutrient dan yakinkan dia bahawa aku takkan abaikan dia. aku akan bagi nutrient-nutrient yang diperlukan untuk dia membesar, aku akan bagi dia air untuk dia jalankan proses photosintesisnya [air diperlukan untuk proses 'photolysis of water'. entah kenapa macam aku pernah dengar ayat ni] dan aku takkan biarkan dia keseorangan. aku ada dan akulah yang bertanggungjawab terhadap dia.

tak nampak ke yang pokok ni macam perempuan? kalau kita nak ambik perempuan tu sbg 'someone special'(baca: isteri), kita kenala yakinkan dia, kan? kita kenala buat baik, beri perhatian, beri hadiah kadang-kadang, yela, yakinkan dia untuk bersama kita. yakinkan dia bahawa kita takkan biar dia berkeseorangan, kita akan take care pasal dia, kita akan ada dan kita la yang bertanggungjawab terhadapnya. ye kan? ke tak ni?

so, inilah analogi aku. pokok dan perempuan. perempuan adalah mcm pokok. mungkin korang kate yang analogi ni tak masuk akal. korang pernah tanam pokok? tak pernah? then terima jela analogi aku ni. haha. pernah? kalau pernah mesti korang ade pengalaman siram dan cakap dgn dia, kan?

+ untuk pengetahuan, pokok ni pun ada perasaan. cuba korang pergi depan pokok, then keluarkan maki hamun, caci maki, dan segala inappropriate words yang korang tau. kesannya, pokok tu akan mati dalam beberapa minggu or bulan.

No comments: