Wednesday, January 11, 2012

Schooldays

Assalamualaikum...

yeah. i already miss the days. kurang lebih satu bulan tak menjejak kaki ke sekolah menengah, of course sbb dah habis sekolah, terasa la jugak kekoknya. pagi-pagi, mase adik-adik aku pakai baju sekolah, aku tengok diri aku dalam cermin. yeah. aku masih kusut masai tak mandi. penganggur la katekan. duit takde, rambut panjang, kain pelikat tak basuh-basuh tu biasela. name pun pengganggur.

dah takde suasana kelas. dah takde berebut kat kantin. dah takde bau stokin masa solat zuhur. kawan-kawan entah ke mana-mana. PLKN, kerja, outstation, STAM, dan lain-lain.

ramai kawan aku yang kerja. kat kedai makan, hyperuncit, giant, mydin, cyber cafe, merata-rata. tapi ade antara tu yang 2 minggu je keje, pastu berhenti. tension katenye. bayangkan je la, keje 12 jam. 9 pagi sampai 9 malam. tak ke sikit punye tension tu? jadi aku nak sarankan kat sini, mana-mana yang rase diri dia cepat tertekan, jangan kerja lepas spm nanti. rilek la dulu, bukan kita ada anak bini nak tanggung. lepakk kat umah lebih tenang :)

oh, tadi kat PSM aku jumpa kawan baru.

aku: dah zuhur. jom sembahyang.
kawan baru: aku bukan orang islam.
aku: opppppsssss, sorry hehe
kawan baru: takpe. bese la tu :)
serius, muke dia mcm orang melayu islam. tapi dia siam buddha. patot la name dia pelik.
:)

No comments: