Monday, January 30, 2012

Made In Malaysia

Assalamualaikum...

Dah kecoh dengan keputusan AJL ke-26. dalam facebook, kat blog, kat twitter dan sume org dah umumkan keputusan AJL ni. Yuna tak menang. nak buat camane, bukan rezeki tu bai.yang tak follow, takpela. tak jadi masalah besar pun.

kat sini, bukan aku nak umum keputusan dia. bukan jugak aku nak kondem AJL. nak promote suh korang support AJL pun bukan.

tapi aku nak tarik perhatian para pembenci lagu melayu sekalian tentang lagu melayu. persepsi orang seperti ni bila dengar ayat "try dengar lagu melayu ni jap" ialah "lagu melayu? pleasssse, not my taste.*rolling eyes*"

hadoww.

kawan, tak semua lagu melayu tu tak sedap. tak semua jugak lagu melayu ni jiwang takde makne entah ape-ape. ade je yang berkualiti, not bad dan boleh tahan. tapi yela, memang la tak sama dengan yang Made In South Korea, yang Made In US, yang Made In UK ataupun yang Made In Japan.

bukanla aku nak kate "sila support industri kita. kalau kita tak support sape lagi nak support?" tu betul, tapi ayat tu agak lame dan berbunyi semacam memaksa. tapi apa yang aku nak kate, sila la jugak jenguk-jenguk industri kita, jangan duk berbangga dengan yang import je, jangan jugak ade persepsi negatif kat industri kita. okehhh? got it?

bukan ke effect ni agak bertentangan dengan tema AJL, air? haha. tapi awesome la.

MADE IN MALAYSIA. bangga la sket bai.

No comments: