Wednesday, December 14, 2011

Selesai

Assalamualaikum...


buku-buku teks ku,

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
HAHA.

PQS dah habis, buku-buku teks pon dah selamat dihantar kat tempat asalnya. dan, tu maknanya ape? maknenye my school days dah pon selesai. its over, man. maka segala peraturan kat sekolah dah boleh dilupa. yang tak suke pakai jilbab labuh dah boleh pakai tudung yang berjenis-jenis kat pasaran tu. yang tak nak pakai tudung pun tak salah dlm negara kita. yang nak hisap rokok, bolehla hisap secara rasmi sbg orang muda. KEBEBASAN.

Maka gunakanlah KEBEBASAN itu sebaiknya.

Selamat menempuh fasa hidup yang baru sbg org bujang ye sume. menghadap realiti hidup yang banyak penyakitnya. penyakit sosial, politik, ekonomi, membuat pilihan-pilihan yang sukar, dan menguji istiqomah kite. istiqomah kite bace Al-Quran setiap hari, istiqomah kite tutup aurat dgn sempurna, istiqomah kita mempraktikkan amalan positif kat sekolah dlm kehidupan sbg seorang orang bujang.

lepas ni bila dah terdedah dgn kehidupan tanpa batasan ni, tentu sekali pendirian kita terhadap sesuatu tu berubah. pandangan kite terhadap sesuatu tu akan tergugah. tranformasi akan terjadi. evolusi akan berlaku. maka tak hairan bila kat sekolah dia jahil, tapi 3 tahun lepas sekolah kite jumpa dia, dia akan kelihatan seperti sorg yang lebih alim dari kita. sape tau, kan?

Selamat meraikan kebebasan

[13 DISEMBER 2011. SELESAI SATU FASA KEHIDUPAN]

No comments: