Friday, December 16, 2011

Hari

Assalamualaikum...

soalan: hari akan sentiasa ke depan, belum berlaku hari berundur ke belakang, ye tak?
jawapan: yeeeeeeee. hari saya masuk darjah satu dah jauh terkebelakang.

soalan: umur semakin bertambah, takkan sesekali berkurang. ye tak?
jawapan: yeeeeeeee. sangat-sangat paling termustahil betul kalau berkurang.

soalan: semakin bertambah umur, semakin banyak tanggungjawab. ye tak?
jawapan: yeeeeeeee. dan tanggungjawab tu akan ditanya.

soalan: semakin banyak tanggungjawab, semakin pening kepala fikirkannye. ye tak?
jawapan: yeeeeeeee.  tapi bile kita buat tanggungjawab dengan baik, balasannya berganda ganda ganda.

so, untuk awak yang pakai kot besar tu, hari ni umur awak dah bertambah lagi setahun. awak dah jadi orang tua, orang tua yang masih cute :D

tak banyak yang nak saya cakap, kecuali selamat menjadi lebih tua, selamat menjadi lebih dewasa dan selamat berjuang utk masa depan yang kita sendiri tak pasti. harapan saya, agar awak menjadi lebih tabah, lebih berjaya, dan lebih 'beragama' dari sebelum ni serta memiliki hati yang kental, mantap dan takkan berputus asa mudah-mudah.

pesanan ni khas utk awak yang pakai kot besar, tapi orang lain yang baca entry ni dan orang yang menulis entry ni juga tak diharamkan dari mengambil manfaatnya.

enam belas disember yang sukar saya lupa :)

No comments: