Tuesday, November 1, 2011

Bulan Baik [insyaAllah]

Assalamualaikum...

satu november 2011. bulan baik dah datang! dah genap 11 bulan satu januari 2011 tinggalkan kita. mustahil nak kejar balik semua masa yang telah berlalu tu, Imam Al-Ghazali pun dah kata yang benda paling jauh ialah masa yang telah berlalu.

bagi setiap orang, mesti ade satu bulan yang dia rasakan begitu istimewa. kalau tak, mesti takkan wujud lagu 'Wake Me Up When September Ends'- Green Day atau 'Bila April'-Fazley Yaakob. bagi aku, bulan yang paling istimewa ialah bulan ni, iaitu bulan

NOVEMBER
 
tahun-tahun sudah, aku teruja bila november menjelang sebab nila bulan yang aku dilahirkan atas dunia. tahun ni, keterujaan tu berganda-ganda bila SPM pun start bulan november. teruja sebab tak sabar nak habiskan tahap pendidikan yang paling susah dalam sistem pendidikan Malaysia, teruja sebab tak sabar nak amalkan segala ilmu yang cikgu-cikgu aku beri selama 17 tahun aku hidup, teruja sebab aku akan tentukan nasib aku sendiri melalui SPM. tak sabar. tak sabar. nervous.

memang persediaan aku tak segah mereka yang bertakung atau semantap mereka yang 'STAR', tapi aku dah tak sabar nak habiskan sumenye. SPM: SEKALI UNTUK SELAMANYA. HABISKAN SEMUANYA.


oh ye! aku ada nak mintak tolong sume yang baca post ni.
bagi mereka yang ada Facebook,
tolong like page :

http://www.facebook.com/pages/Kedai-Barang-Pelikss/101290773292634

dan kemudian tolong klik like kat picture ni:

di link ini:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=176880272400350&set=a.175603619194682.47648.101290773292634&type=1&ref=nf

KALAU RASA GAMBAR NI CANTIK.
saya sungguh tak nak paksa orang like.
TOLONG KLIK LIKE cuma bila anda fikir GAMBAR NI CANTIK.
TERIMA KASIH.
JASAMU KUKENANG! :)

No comments: