Sunday, October 23, 2011

Si Samseng Tua

"ASSALAMUALAIKUMMMMM! TUAN RUMAH! OOO TUAN RUMAH!!!"

laungnya dengan penuh kebengisan di depan rumah jirannya. nadanya menggambarkan hatinya yang panas dan membara, disulami dengan kata-kata kesat yang aku rasa tak sepatutnya diucapkan sembarangan, khususnya golongan tua sepertinya. dipintanya perbincangan, tapi aku rasa budak yang baru nak SPM pun tau yang kau pinta tu bukan perbincangan, sebaliknya cara kau nak tunjukkan kuasa dengan menengking dan bertekak. oh, aku lupa. mungkin kau tak pernah lepas SPM, ye orang tua?

sedarlah wahai orang tua, zaman kau melepak dah tamat. zaman kau berlegar di sekitar 'tanah jajahan' kau sambil berkata dengan gah "sape-sape yang berani canggah aku, memang konfem kena sebat!" dah tamat, orang tua. zaman kau berfoya-foya dengan perempuan jalang yang fikir kau hebat dah lama tamat. ni zaman kau cuba untuk maaf memaafi, orang tua.

tapi kau buat sebaliknya. kau tunjuk kau gagah. kau tunjuk kau berkuasa. kau sumpah orang dengan selamba. kau seranah orang yang mempertahankan haknya.

sungguh kau samseng wahai si tua.

tak mengapa, orang tua. insyaAllah kalau kau pergi dulu sebelum aku, aku solat jenazah untuk kau. biarlah hal ni habis kat dunia je, orang tua. aku tak ingin berbalah dengan samseng tua seperti kau di padang mahsyar. aku halalkan segala yang kau sumpah. aku halalkan segala yang kau seranah.

dan dalam hal kita hari ni, apa penyelesaian kau, orang tua?

No comments: