Saturday, October 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum...

 Terkedu rasanya bila mengenangkan SPM akan menyerang tepat 23 hari lagi.  lagi aku terkedu bila aku try jawab soalan tahun-tahun lepas. banyak yang perlu aku kuasai. lainla mereka yang bertakung, dah sedap duduk la sekarang ni ^^,

ok. end pasal SPM. event terbaru dan aku kira terbesar dalam hidup sebagai sorang murid SMKA Tok Jiring dah selamat berlalu. part yang best tentulah makan-makan ^^,. eh bukan. event paling best mestilah naik pentas dan ambek sijil dari encik TETAMU KEHORMAT. best woo. tapi agak nervous. agak je. sikit je pun. eheheh.

event best lepas tu pulak bergambar dgn kelas yang aku sayangi, 5 AL-KAUTHAR. cehh, yang disayangi la konon. tapi event paling tak bestnye dengar orang berucap. sebab cikgu-cikgu kalau berucap lain dengan ahli politik berucap. ahli politik berucap pergh la. semangat naik membuak-buak lepas tu. tapi okay la. antara quote yang menarik dalam ucapan tu:

"SMKA Tok Jiring adalah sekolah terbaik dalam kelasnya."-Wan Said Wan Salleh
"Saya percaya anak-anak yang ada di hadapan saya ini berupaya, mampu terbang setinggi-tingginya seperti helang, bukan hanya mengais seperti ayam"- Engku Mariah Syed Ahmad Al-Idrus

nah, gambar:





gambar sikit-sikit je. gambar kami kan mahal :P

No comments: