Sunday, October 16, 2011

Hari Esok Hari Besar

Assalamualaikum...

Huh.
28 HARI LAGI,
DAN DETIK WAKTU TERUS BERLALU
maka setiap detik dirasakan terlalu mahal untuk dibelanjakan dengan sewenang-wenang. memang begitu sepatutnye. tapi aku baru je sedar. baru je.

17 OKT 2011, Majlis Khatam AQ untuk pelajar form 5 akan berlangsung dengan gah. gah ke? entah, lihat dan tunggu je esok. mula-mula tu memang aku rasa taknak menghadirkan diri, sebab leceh. adeke patut cikgu-cikgu suruh cari baju melayu putih? pulak tu UST [KETUA WARDEN] dikhabarkan menentang secara total kegiatan meminjam baju penduduk asrama. dikatakan kejadian tahun lepas sudah cukup untuk membuatkan BELIAU begitu meluat dengan kegiatan pinjam meminjam ni.

tapi jgn bimbang encik KETUA WARDEN, kami takkan lakukan kesilapan sama seperti yang tahun lepas buat.

setelah dipertimbang, maka aku pun buat keputusan, hanya KIAMAT saje yang mampu menghalang aku datang ke sekolah esok. melihatkan semangat cikgu-cikgu yang gajinya hanya setakat RM4,000-RM6,000 sebulan je yang handle majlis tu, sukar nak kecewakan cikgu-cikgu tu dgn ketidakhadiran. mungkin ade yang kate aku skema. 

YES, aku skema. 

sebab aku paham perasaan dikecewakan. bagi yang tak paham jangan nak cakap banyak. 

SO, jadi rasenye tak perlu nak tulis panjang-panjang, cume cukup dengan:

AKU TERUJA NAK PEGI SEKOLAH ESOK!!

No comments: