Thursday, September 22, 2011

Terbang & Terhempas

Assalamualaikum...

kalau dulu kita terbang, akan ada masanya kita akan terhempas. kalau dulu aku terbang, hari ini aku dah terhempas. faktor kapal terbang penumpang terhempas ada beratus. tapi faktor aku terhempas ada enam.

1) kegagalan sayap aku bertahan dalam keadaan velocity udara yang teramat laju

2) tekanan yang aku terima tak dapat ditahan oleh badan aku yg diperbuat daripada besi separa masak

3) diri aku sendiri yang mengalami fobia kepada ketinggian

4) diri aku yang tidak yakin boleh terbang lama-lama

5) keengganan orang lain [yang aku percaya terbang bersama aku] membantu aku di kala aku dalam kesesakan nafas

6) terdapat ramai orang yang melastik aku dari bawah dan membuatkan aku percaya bahawa aku tidak perlu untuk terbang lebih jauh

akibat dari hempasan tu, seluruh jasad aku berkecai. dapat disamakan jasad aku yang berkecai itu dengan kaca yang berkecai dek jatuh ke batu. masa diperlukan sebanyak mungkin untuk aku kembali mengumpul jasad-jasad aku yang melata di tapak hempasan itu.

tapi aku tak punya banyak masa. jasad aku harus mantap dan aku harus terbang setinggi-tinggi dalam tempoh 50 hari akan datang.

kembali belajar terbang dan terus bersedia dengan hakikat bahawa mungkin aku akan terhempas lagi.

bersedia untuk dikhianati kawan, sedia untuk mendepani hakikat bahawa aku terbang bersama komuniti yang hanya pentingkan diri.

No comments: