Sunday, May 15, 2011

Autobiografi yang dah lama aku lupakan...

Assalamualaikum...

pernah tak dengar pasal autobiografi? pernahla, kan? aku perasan, aku last buat karangan autobiografi pasal benda tak hidup ni masa UPSR dulu. lama tu. jadi aku pun trase nak buat satu karangan autobiografi. nah, bacalah. :D

thanks Uncle Google!


AKU SEBIJI BOLA
Aku sebiji bola. Aku tak pasti nama aku sape tapi asal orang lalu kat depan aku je mesti diorang kate "cantik jugak bola Naiki ni." aku tak pasti pulak macam mane ejaannye. Naeky ke, Nike ke, Nytei ke, tapi lebih kurang macam tu la bunyinye. tak kisahla ejaannye camne. bukan dapat markah pun kalau betul ejaannye, kan? Habitat aku kat kedai sukan tersohor Kuala Terengganu, Arena Sports. kalau sape-sape tak tau kat mane Arena Sports tu bolehla tanye GPS, mcm Nabil Raja Lawak buat dalam Maharaja Lawak tu.

Tak kisahla. ni nak cite pasal aku. aku kongsi rak dengan bola UMBRO, LOTTO, ADIDAS dan jugak dengan bola PUMA. kalau manusia kongsi bilik dia panggil roommates, kalau aku yang kongsi rak ni aku panggil rakmates. betul la tu. mane ade rakmates dalam kamus. tapi suatu hari nanti, akanku perjuangkan penggunaan kata ni sampaila kata ni termaktub dalam kamus dewan edisi ke 10! itu azam yang aku sematkan dalam minda. cewahh.

dalam kalangan rakmates aku ni, harga akula yang paling mahal. tu la sebab kenapa takde orang nak beli aku walau dah berapa bulan dah aku bermastautin kat sini. rakmates aku dah berapa 'orang' dah pindah. aku tengok sume rakmates aku muka cam takut je bila ade orang nak beli diaorang. tapi kenape dalam siri autobiografi tipikal yang aku bace mase aku dalam darjah 2 tu, diaorang sume happy je bila ade orang nak beli diaorang. reality check, please. mane ade 'orang' happy bila kena beli. duduk elok-elok dalam rak, dalam aircond, tetibe bila dibeli je mesti disepak la, direjam dengan batu la. sakit, tau tak? sakit tu.

tula sebab kenapa aku bahagia takde orang nak beli aku setakat ni.

tapi at last tauke kedai tu letak 'less 50%' kat aku. WHAT?? aku dah mula naik cuak. hisy. tak boleh jadi ni. hish. aku kena hantar memorandum bantahan dan telegram kat tauke ni. tetibe je. dahla tak discuss dengan aku. ahh sudah.

my fear turns to my worst nightmare. cehh. ANGGELISH la pulak. ade sorang mamat berambut spesies gay datang nak beli aku. dia belek aku. try raba-raba aku. pergh. aku dah cuak ni. tolong aku, ADIDAS! tapi dia buat muka tak kesah je. oo. takpe takpe. maka aku pun dibeli. maka tamatlah hidup aku kat Arena Sports ni. maka mulalah aku di tempat baru. ohh.

No comments: