Saturday, February 26, 2011

Pelakon malaysia memang pelakon PIOR.

Assalamualaikum...

Sekarang drama bersiri 'Ustaz Amirul' dah ke udara kat tv3. aku tak la layan sangat cerita tuh. tapi ada jugak time-time aku lalu depan tv, drama bersiri kejadah tu terpasang. aku cepat-cepat tukar siaran lain dengan alasan "cerita ape yang menarik malam ni ek?"

ape yang dapat aku simpulkan, drama tu menceritakan tentang seorang ustaz muda yang menempuh dugaan dan cabaran dalam hidup. sekarang dia difitnah melakukan zina walau sudah mempunyai isteri. ye ke dak? iye la ni, kot. isteri dia pun tak nak sokong dia dah. malu agaknya.

yang tak tahannya dalam cerita ni, Ustaz Amirul digambarkan sebagai seorang yang sangat baik, naif, jujur dan baik tutur katanya. sangat cemerlang dan sempurna. haih, cerita Melayu. logik la sikit. mane ade manusia yang sebegitu sempurna. Ashraf Muslim mengambil peranan sebagai Ustaz Amirul. ada aku terbaca tajuk artikel kat surat khabar tempoh hari, berbunyi "Ashraf akui ada sifat seorang ustaz." pergh. luga aku membaca tajuknya. kalau tajuk dah luga, isi lagilah luga.

so, pelakon kat Malaysia ni memang pelakon yang sangat berbakat, berkaliber, beramanah serta berintegriti. secara mudahnya, pelakon Malaysia memang golongan pelakon yang PIOR. pelakon yang memang pelakon. bayangkan, dari kecik sampai besar tak pernah pakai tudung sekali pun, alih-alih berlakon dengan tudung. kat luar, kehidupan sosial teruk sangat, dikaitkan dengan homoseks, alih-alih berlakon membawa watak seorang gadis ayu yang bertudung litup dan sopan. sangat ironi. sangat seorang pelakon.

patutla ramai orang tak suka cerita melayu, lebih prefer cerita korea. dan pelakon Malaysia, tidak penatkah anda berlakon?

Pelakon 'Ustaz Amirul'


kamus:
PIOR: dialek terengganu yang membawa maksud tulen. (pure)

5 comments:

sissyira said...

salam

ngee..kita suka sangat layan citer ni. =)


Jom Baca dan Komen--Kelebihan Berdomain

meruhe said...

ilike this one.:D

Laksamana Omar said...

sissyira:
suke eh? sedap sangat ke?

meruhe:
hehe..thanks.. :)

Tok Esah said...

pior!!! hehe

nak suh baca entry ni!! penting!! ahhaks

KHAS: Buat Blogger Terengganu | Group Blogger Terengganu Untuk Anda!!!

zahidah dihaz said...

saya layan drama ustaz amirul sebab ada ashraf muslim...cerita lain harap maaf...saya layan drama korea/jepun je...hehehehe



New Entry: [Keputusan] Miss Zahidah 4in1 Lucky Draw