Saturday, February 5, 2011

EXAM & AKU

Assalamualaikum...

Exam datang sekali lagi dengan gahnya. dan aku sekali lagi belum bersedia dengan gahnya untuk menghadapi exam itu. kurangnye persediaan mungkin membawa kepada gagalnya sesuatu subjek. maka tertulislah di buku prestasi aku dakwat berkaler merah. ^_^

exam dan aku. seteru yang boleh dianggap takkan berbaik sampai bile-bile. aku tak suke exam sebab bile exam je mesti aku tertekan. exam pon mungkin secara gahnya mengaku yang dia lebih hebat dari aku sebab aku ni tak pernahnya kalahkan exam sepanjang 2010.

sepanjang tahun lepas, aku mengaku yang aku bukan budak rajen macam korang. sungguh aku malas. malas masuk kelas la, malas buat peka la, malas buat report la, malas buat latihan la, macam-macam malas lagi.

moga-moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. ^_^