Saturday, January 1, 2011

Perjalanan itu masih jauh..

Assalamualaikum...

saat aku menyentuh keyboard ni, jam menunjukkan 12.24 a.m.. sekali lagi, satu tahun telah selamat tiba, berlalu dan pergi. hari ini adalah 1 JANUARI 2011.  31 DISEMBER 2010 telah jauh ditinggalkan di belakang, apatah lagi 1 JANUARI 2010.

Perjalanan melalui satu lagi tahun yang mencabar dijangka payah, berbatu dan berliku. manakan tidak, SPM dijangka akan bertandang tepat 13 NOVEMBER 2011. serius, aku masih tak bersedia. belum bersedia untuk bersedia.

2011 bermakna senior year. senior year bermakna last year untuk jadi secondary school student. pergh. mencabar tak profession sebagai pelajar senior? mencabar beb. mencabar jiwa raga, perasaan, jantung, hati dan limpa. aku dah terasa bahangnye. pergh. panas beb. sebut bahang mesti panas, kan? mane ade bahang sejuk? rosak bahasa betul. heh.

lepas 2011, aku akan grade sekolah menengah. pergi IPT beb. jadi salah sorang pelajar IPT. macam tak percaya.

teringat jugak, perjalanan 2010. heh. rasenye macam manis+masam+pahit+kelakar+pedih. haha. eh, jap. manis+masam+pahit+kelakar+pedih = ? :S

takpelah, yang lepas biarla lepas. aku tak nak ungkit pasal aku pernah jadi KOREAN-HATER paling HOT kat FB.  tak nak ungkit pasal aku paling menyekit bila tengok je orang post pasal korean artist. siap buat wallpaper lagi tuh.

also tak nak ungkit pasal aku bergaduh dengan pompuan sebab dia tu suke sangat sangat sangat sangat dengan korea. pergh.

kalo nak tulis sume kenangan kat sini, memang tak cukup. satu tahun bkn sekejap, beb.

Perjalanan 2010 = manis+masam+pahit+kelakar+pedih
Perjalanan 2011 = ?

No comments: