Tuesday, December 7, 2010

Perjalanan renovation in progress-

Assalamualaikum...

kebare sume? harap waras-waras sume ye. haha. blog aku dah berubah banyak. semalam sampai pagi aku duk main dengan code HTML tu sume. mujur laa ade guru sorang. thanks ye Cg Fini. jasamu dikenang. hoho.

blog ni belum siap renovate sepenuhnye lagi. header blog tu aku dah tukar. banyak lagi nak tukar ni. nampaknye, aku kena menghadap code HTML lagi sekali la. haizz. tak sudah-sudah. sekali lagi aku kena menghadap tok guru tu. jangan marah ye tok. hoho.

sungguh rumit itu code. aku kurang suke dengan perkara-perkara yang rumit; add math dan code HTML contohnya. macam mane la orang yang ambil programming masih boleh hidup dengan akal yang sejahtera. kalau aku ditakdirkan ambik programming, hobi aku secara drastik bertukar kepada hantuk kepala ke atas keyboard. hoho.

dalam bulan disember ni, suhu kat Terengganu hampir di bawah takat beku. hoho. *tu hiperbola je*. nak cakap yang cuaca kat sini sejuk. suhu macam ni memang ditunggu-tunggu bagi yang suka buat tahi mata *mcm aku* hoho.

No comments: