Sunday, December 19, 2010

Perang.

Assalamualaikum...

Perang adalah situasi yang sangat sukar, di mana setiap tentera atau individu terlibat diberi pilihan untuk membunuh atau terbunuh.  Islam sendiri banyak terlibat dalam peperangan. Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Badar merupakan contoh peperangan dalam Islam. Namun ini tidak bermakna Islam itu kejam. Bermulanya perang dalam sejarah Islam adalah kerana Musyrikin Mekah memusuhi orang Islam sehingga mereka terpaksa berhijrah ke Madinah. Kemudian Allah memerintahkan supaya memerangi orang Musyrik.

Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqas, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan contoh pahlawan Islam. Nama Salahuddin Al-Ayyubi sangat digeruni oleh orang Eropah pada waktu itu. Salahuddin Al-Ayyubi merupakan penglima Islam yang berjaya menawan kembali Baitul Maqdis daripada tentera Kristian.

Persoalannya di sini, dari mana mereka mendapatkan kekuatan untuk berperang dengan gagah berani di jalan Allah? Mereka tidak berperang kerana mencari kemasyuran, berbeza dengan kuasa-kuasa imperialis eropah. Mereka berperang untuk menegakkan kalimah tauhid. kerana mereka, kita dapat menikmati Islam dan Iman.

Islam tidak pernah mengalami zaman kegelapan, kerana Islam akan sentiasa bersinar.

No comments: