Thursday, December 23, 2010

Hey dunia blog!

Assalamualaikum...

wow wow. tak sangka blog aku yang humble ni dapat sambutan yang AGAK hangat. setelah 2 hari blog aku yang humble ni dapat tempat kat  BlogLarian, follower dah meningkat sampai seploh orang beb. chat box aku dah banjir dengan jejak-jejak blogger yang datang melepak kat blog aku. ni rasa macam nak pusing keliling kampung sambil angkat tayar depan ni. *beskal je. kalau jatuh pun, tersagat lutut sikitt je. haha.*

dulu, time aku baru je bukak blog untuk 2 Al-ikhlas 2008, aku rasa aku la hebat sekali. bangga tak terkira bro. mana tak bangga, bila aku umum je kat kelas 2 Al-ikhlas tu yang aku dah create blog, macam bertih jagung diaorang tanya, macam mane ko buat ni, sapa ajar ko, dari mana ko dapat idea nak buat *of course diaorang tanya dalam loghat terengganu. xD*.

sekarang, aku tengok berlimpah-limpah blogger kat Malaysia ni. :O dengan pandai manipulasi HTML, layout blog mantap, follower bersesak-sesak, terasa diriku ini sangat lah kerdil. ish ish ish.

tersentak aku sekejap. ego yang aku sandang sejak aku create blog 2 Al-ikhlas 2008 berderai-derai jatuh dengan sadis sekali. tulah, sapa yang suruh berlagak. cehh.

oh ye, kepada blogger-blogger yang baik hati yang telah menjadi follower blog aku, yang comment entry aku, serta yang tinggal jejak kat shoutbox aku, takde ucapan lain selain terima kasih. :)

5 comments:

Ema said...

Rasanya tak terlambat kot (^_^),nak ucapkan terima kasih sebab buat blog 2 Al Ikhlas...Syukran sebab tunjuk Sal dunia blog

Laksamana Omar said...

haha..takde hal pon.. :)

Ema said...

takleh puji lebih....ego naik pulak nanti...

Ema said...
This comment has been removed by the author.
Laksamana Omar said...

hahaha..ape ape je la.. :)