Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan is going, Syawal is coming

it's 29 Ramadhan 1431 already. time runs very fast, ey? jeez. bila difikirkan balek, ape yang aku buat sepanjang ramadhan ni ha? aku rase, aku banyak buat dosa dari pahala. time orang laen cari lailatul qadar, aku tengah buat dosa. time berbuih ustaz-ustaz bagi tazkirah bahayanya mencaci, aku still mencaci je.

tu aa aku, sebagai seorang OMAR.

aku rasa cam..ramadhan ni berlalu macam ye pergi je. alangkah rugi nya aku. kate sorang ustaz tu, ramadhan bulan berkat. di awalnya rahmat, tengah-tengahnya keampunan, dan kat akhirnya pembebasan dari api neraka. aku pasti ramai je yang tau hadith ni. dia sambung, jangan main-main dengan rahmat. tanpa rahmat, kita tak boleh hidup.

dia jugak kata, Allah tak bagi keampunan ni macam tu je. nak dapat keampunan, kena ada syarat. nak diampunkan dosa, kena minta maaf dengan orang yang kita salah. nak diampunkan dosa, kena buat satu proposal yang dinamakan taubat nasuha.

10 juzuk terakhir bulan ramadhan lagi special, dia kata. ada satu malam tu sangat indah, sangat tenang dan sangat di cari. tapi aku..? hemph.

tapi tazkirah semalam dia kata hati ni seketul daging yang apabila baiknya dia, baiklah kita dan jika jahat dia, jahatlah kita. kita kena jaga hati. kalau orang yang jaga makanan, suasana sekeliling, jaga pemakaian, sudah tentu dapat kita bayangkan bagaimana dia jaga hati. tapi dapat ke kita bayang, macam mana orang yang tidak jaga pakaian, makanan dan suasana sekeliling nak jaga hati?

sorry, post kali ni agak 'bosan'. heh.
okay, pen off.
Assalamualaikum...

No comments: