Friday, June 18, 2010

rupa, harta dan kudrat itu...

hari Jumaat yang tenang,
18 Jun 2010.

kata si gadis, "aku sangat mencintaimu, jejaka. tubuhmu yang perkasa, wajahmu yang mengundang gundah hati kepada yang memandang, kudrat mu melebihi segala, dan harta mu yang melimpah-limpah membuatku sering termimpi-mimpi akan dirimu dalam mimpi-mimpi indah ku."

si jejaka menghela nafas panjang, seraya membalas, " ada apa pada tubuhku? ada apa pada wajahku? ada apa pada kudratku? ada apa pada harta ku? ada apa pada diriku? bukankah semua ini hak ALLAH? Dia yang menciptakan tubuhku sesasa ini, wajahku semolek ini, kudratku segagah ini dan Dia lah jua yang menganugerahkan aku harta yang melimpah-limpah itu. suatu masa nanti, bila tiba masanya, tubuhku yang perkasa akan hilang kekuatan nya, wajahku yang molek ini akan berkedut, kudratku akan hilang, dan hartaku makin berkurangan. adakah kau akan mencintai aku lagi pada masa itu, gadis? apakah bila tiba masanya itu, kau akan selalu di sampingku seperti saat ini? hidup cuma sementara, mati akan menjenguk jua. untuk melangkah setapak pun, hakikatnya kita perlu pada keizinan-Nya jua. jika kau mengagumi aku kerana tubuhku, wajahku, kudratku dan hartaku, ambillah segalanya. ambillah tubuhku yang perkasa ini, wajahku yang molek ini, kudratku dan harta-harta ku, kerana sesungguhnya cinta mu bukan cinta kepadaku, melainkan cinta kan dunia."

*pengajaran dalam cerita ini adalah....?

hari ni 18 Jun, bro. Jumaat. maknanya 2 hari sebelum cuti berakhir. dan, aku masih tidak menyentuh apa-apa kerja rumah. rilek la, esok kan ada..keh3.

pen off now..huu~

No comments: