Wednesday, April 21, 2010

Manusia dan kegilaan mereka.

Malam Rabu yang kosong,
21 April 2010.

jom bercakap tentang kegilaan. kegilaan yang tidak dapat dipisahkan daripada seorang manusia. seseorang yang bernama manusia tentunya mempunyai kegilaan tersendiri. kegilaan berfesyen, kegilaan internet, kegilaan video game, kegilaan sukan, kegilaan hiburan dan kadang-kadang terdapat juga kegilaan yang tidak dapat disebut di sini.

manusia ni gila, -kan? gilakan duit, gilakan harta, gilakan rupa paras, gilakan jenama, gilakan dunia. mari kita terima kegilaan ini sebagai kegilaan yang amat gila.

kenapa aku memilih untuk bercakap mengenai kegilaan? kerana manusia itu gila. kenyataan -nya memang begitu. dalam bilik SAL siang tadi, kegilaan perempuan 4al-ikhlas menyerlah dengan begitu hebat. kegilaan rupa paras. kegedikan yang terserlah. membuat aku kelugaan. membuat aku terfikir, manusia memang gila. kegilaan sebahagian daripada manusia.

tinggalkan mereka dengan kegilaan mereka. biarkan mereka hidup dengan kegilaan yang amat gila. jika kita cuba mendekati, cuba menasihati, mereka akan berkata kita seorang penyibuk. kami bukan seorang penyibuk, tapi kami seorang yang penyayang. cuma, mereka tidak mengerti.

psst, apa motif entry ini? hahaha..aku pun tak tau.

-caring itu sayang, tapi sayang manusia sekarang tidak caring.-

No comments: