Friday, February 5, 2010

Cepat betul masa berlalu..

petang jumaat yang damai,
05 februari 2010.

ahh. cepat betul masa berlalu. there's so much to do, but there's not enough time to do everything..aku memang fed up bab urus masa nih. aku tak pandai urus masa la kawan-kawan. latihan add math aku cikgu mintak minggu lepas dah, tapi sampai arini aku masih xantar itu latihan..jeez. memang amat busy lah. beberapa kali ponteng klas sbb pum alah ni. naseb baek aku sempat masuk klas bio kelmarin. dengan baju batik lagi tuh. amat majal.

luqman hafiz dah selamat sampai ke sbpi batu rakit. beliau begitu beriya-iya mahu ke sana. mungkin impian sejak dalam buaian, kot? aku memang tak boleh nak kate ape. kalau aku bercakap pun, belum tentu kata-kata aku ni didengari. jadi aku pun biarkan saja beliau. nak buat camne kan..

seorang lagi pindah. lepas ni memang sukar la jumpa. aku ingat lagi time memula aku kawan ngan beliau. sumenye bermula dari kelas yang mantap, 2 al-ikhlas. selamanya aku takkan lupakan kelas itu. begitu banyak kenangan.

3 al-ikhlas jugak. kami sekelas 2 tahun berturut-turut. kami berbalah, berdamai, berbalah dan kemudian berdamai semula. betul ke kadang-kadang semakin kerap kita berbalah, semakin dekat kita dgn seseorang tu? aku tak tau, sbb aku pasti masih banyak yang perlu aku terokai.

sekarang, aku agak kesepian. kekurangan lawak spontan menyebabkan kadang-kadang aku menghantuk kepala aku ke tar di tengah-tengah jalan.

No comments: