Sunday, December 13, 2009

This blog is now re-opened to public

Hari Ahad yang tabah,
13 Disember 09.

at last, blog ni telah dibuka untuk orang ramai. maaf sekiranya aku telah menghampakan peminat-peminat yang teringin untuk mengikuti perkembangan hidup aku. aku menghilangkan diri buat sementara, mencari idea-idea yang baru dan segar untuk cuba dimuatkan dalam blog ini. teruskan menyokong blog ini. cewahh..

sebenarnya -kan, banyak yang telah berlaku dan seterusnya terus meragut semangat aku untuk memblog. berhari-hari, berminggu-minggu aku cuba membina kekuatan yang hilang. dan, seperti yang korang tengok, aku sudah mula memblog. sekali lagi.

template sudahpun ditukar. nickname pun terus ditukar, tak bermakna orang yang mengasaskan dan menerajui blog ini bertukar jugak. ye la, dengan nafas baru, semoga semangat aku untuk memblog tidak hilang ditiup angin monsun timur laut. heh.

oh, result pmr. huh..memang berdebar-debar la. kalah nak tunggu result upsr mase dulu-dulu tuh. haha. ade orang kata 27 nih, ade jgak yang kate 28 ni. tak kurang jugak yang kata tak keluar-keluar. aku pun tak tahu mana satu yang betul. ahh, tak kira la bila-bila pun, keluar ke tak.

akhir kata, teruskan menyokong cakapsenang. haha.

No comments: