Friday, December 18, 2009

Tahniah malaysia..

hari jumaat yang lembab,
18 Disember 2009.

kelmarin ade perlawanan akhir sukan sea, antare pasukan malaysia dan pasukan vietnam. pasukan vietnam merupakan pasukan yang telah menewaskan malaysia dalam perlawanan peringkat kumpulan, sekaligus memaksa malaysia menewaskan thailand untuk mara. malaysia telah berjaya menewaskan thailand dan laos untuk ke perlawanan akhir. aku yakin semua orang dah tau, kecuali yang tidak tahu apa sedang berlaku.

dan keputusannya seperti yang diuar-uarkan oleh pihak media, malaysia 1-0 vietnam. mungkin nasib baik. tapi tak kisahla nasib baik ke tak. ini membuktikan bola sepak malaysia masih boleh bersaing setelah diperkotak-katikkan dalam saingan serantau.

tahniah buat semua pemain negara, pengurus, jurulatih, tukang sapu, tukang kebun dan semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm kemenangan ini.mereka telah berjaya membawa pulang pingat emas untuk malaysia.

itu kemenangan mereka. kemenangan aku? keputusan 'pertandingan' yang aku sertai akan diumumkan pada 24 disember 09. bohongla kalu aku kate bahwa aku langsung tak berdebar. aku berdebar sebenarnya, namun semua berlaku atas kemahuan-Nya. marilah kita sama-sama berdoa untuk kejayaan kami, calon PMR 09.

dan, selamat tahun baru 1431H. semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang berlalu.

-cepatla berlalu wahai 24 disember!-

3 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

farahlikescookies said...

tapi pertandingan yang omar masuk tuh sume orang kena paksa masuk kan?
kalau suka rela sape nak?
rasenye hampir semua orang taknak masuk

Mat Rock said...

haha..mmg la kene paksa. farah pun kene paksa jugak op? ahh. PMR je..