Saturday, December 26, 2009

Mari kita berterima kaseh! ;D

hari sabtu yang cerah,
26 disember 2009.

Syukur pada-Mu ya Allah, Engkau telah memberikan kpd kami kejayaan dalam PMR. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jangan lah Engkau jadikan kami alpa dengan kejayaan ini. janganlah juga Engkau menjadikan kami tenggelam dalam kegagalan ini wahai Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang kami bakal hadapi, justeru itu kuatkanlah hati-hati kami untuk menerimanya. ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibu bapa kami, dosa-dosa guru-guru kami, serta dosa-dosa seluruh umat ini wahai Tuhan. berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat. amin.

Allah telah memberkati usaha aku. Allah telah mengizinkan kejayaan dlm PMR menjadi milik aku. bila Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku, tiada apa pun yang dapat menghalang ia dr berlaku. tapi apabila Allah tidak mengizinkan sesuatu itu berlaku, ia tidak akan berlaku dlm apa jua cara sekalipun. berusahalah, berdoalah dan bertawakkal -lah.

terima kasih yang tidak tehingga diucpkan kpd ibu bapa aku, yang mengajar aku erti kehidupan. yang gigih membesarkan aku hingga kini. adik beradik, sepupu2 dan pak2 dan mak2 sedare.

guru-guru aku, sejak aku berusia 5 tahun di Pasti Tok Jiring hinggalah tingkatan 3 di SMKA Tok Jiring. jasamu selalu kukenang.

kawan-kawan, yang mengajar aku erti 'sakit hati'. yang mengajar aku hidup ini tidak mudah. yang mengajar aku erti persahabatan.

heh. sejak bila aku pandai bersastera nih? haha.

terima kasih kpd yang mengucapkan tahniah, cg Zaharah org pertame, cg Rokiah yang baik hati, cik fini yang baik hati, cik tg najiah yang baik hati, cik elia yang baik hati, en syed yang baik hati, en faiez yang baik hati, en na'im yang baik hati, en apih yang baik hati, cik sakinah yang baik hati, cik saidah yang baik hati, cik nadzirah yang baik hati, en khairul syafiq yang baik hati, en fuad yang baik hati, kak irah yang baik hati, kak ngah yang baik hati, kak ya yang baik hati, pak lang dan family, cik fatin yang baik hati, dan 'unnamed person[s]'. haha.

-sungguh, kelugaan ini bertambah, bertambah dan semakin bertambah. luga dengan keobsess -an yang kronik-

1 comment:

syauqatul wardah said...

Tahniah,Omar!
9A..berkat usaha gigih,Alhamdulillah
Usaha utk SPM pula ye dik