Thursday, December 24, 2009

24 Disember! gua datang!!!

malam rabu yang bersejarah,
23 Disember 09.

yeah! wahai 24 Disember! aku datang dengan bangganye. jap, ape yang menghairankan sangat tentang 24 Disember ni? yang terpekik, terlolong mcm nak mati nih? well, 24 disember 2009 merupakan tarikh yang mendebarkan buat semua pelajar tingkatan 3 09. tak kirala yang benci korea mahupun yang fanatik korea.

ada yang berdebar, tertekan, dan tak kurang jugak yang teruja. yeah! aku masuk dalam kategori yang teruja. aku ada sorang sepupu, ambik PMR jugak tahun ni. khabarnye, beliau kelihatan tertekan dan stress sejak mendapat tahu keputusan PMR akan diumumkan 24 Disember ni. katenye beliau tidak boleh tidur. whatt? aku malam-malam tidur rilek je. bukan nak over konfiden, tapi op, kite sebenarnya kene yakin dengan ALLAH. apa yang tertulis kat slip esok tuh adalah rezeki kita yang telah dicatatkan dalam kitab di Luh Mahfuz, sejak kita dilahirkan.

jadi aku merasakan perasaan-perasaan berdebar, tertekan dan sebagainya tidak perlu wujud dalam diri pelajar. ok, kite gagal PMR. jadi? kite tak buleh masuk ke tingkatan 4 ke? buleh. jadi jangan risau, jangan takut dan jangan sesekali tertekan. jangan sesekali tertekan. tekanan membuatkan idup kita serba tidak kena. jika kalian tertekan, pergilah bermain bola. tendanglah bola itu sekuat hati. sumbatlah gol seberapa banyak yang kalian hendak. bersoraklah setelah menjaringkan gol. percayalah, itu mampu membuatkan tekanan itu pergi, sedikit demi sedikit.

ingin aku ulang di sini, apa yang tertulis di slip esok adalah rezeki kita. takdir yang ditentukan ALLAH sejak kita dilahirkan. percayalah, apa yang telah, sedang dan akan berlaku hanyalah perjalanan hidup yang ditentukan ALLAH. hanya kepada-Nya kita berharap.

lagipun, cuma PMR. bukan SPM. bukan 'peperiksaan' di Padang Mahsyar. bukan peperiksaan yang menentukan hidup dan mati.

kepada yang membaca entry ini, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kami. sesungguhnya orang yang paling rugi ialah orang yang tidak mendoakan orang lain.

No comments: