Monday, September 21, 2009

PosT raYa!

Assalamualaikum...

syawal yang ditunggu-tunggu selama ini telah tibe. dan anda tau ape yang istimewe tentang 1syawal? hari tersebut merupakan hari untuk bergembira kerana telah berjaya menghabiskan 30 hari puasa ramadhan dan juga untuk bermaafan sesama insan.

jadi, dalam kesempatan ini, aku percaya masih belum tertutup peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. dan tiada ucapan yang patut aku ucapkan kepada semua melainkan maaf zaHir dan baTin.

mungkin selama ini kita bertelagah, berselisih faham atau mungkin juga aku ter-buat kesalahan tanpa kesedaran mahupun dengan kesedaran. hari inilah, bulan inilah merupakan kesempatan yang terbaik. bukanlah maknanya hari lain, minggu lain atau bulan lain, kita tak dapat bermaafan. cuma bulan ini merupakan kesempatan yang terbaik.

selain itu, bulan inilah sepatutnya kita kembali menyuburkan amalan menziarahi dalam masyarakat. ada yang mengadakan rumah terbuka misalnya, amalan ini dapat menambah perpaduan dan mengelakkan perpecahan.

ari ni, 2 syawal, ada makan-makan kat rumah aku. sape-sape yang kenal rumah aku, dijemput datang. mari-mari, meriahkan rumah aku yang telah sedia meriah ni.

ape-ape pon, mesej utama yang ingin disampaikan lam post ni, aku menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki menagih kemaafan dari sume insan. dosa dengan Allah kita boleh mintak pengampunan dari-Nya, tapi dosa sesama manusia tidak akan terampun melainkan kita meminta maaf ngan empunya diri.

pergh! macam buat karangan prekse pulak.

No comments: