Friday, September 11, 2009

Bulan ini istimewa kerana

Assalamualaikum...

pada bulan ini..

Berlakunya perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam, pada 2 Ramadan tahun ke-2 hijrah. Badar adalah nama tempat antara Mekah dan Madinah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
perang ini melibatkan 313 tentera umat Islam melawan 1,000 tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. perang ini luar biasa kerana tentera Islam yang berpuasa, kurang kelengkapan dan kurang bilangannya telah berjaya mengalahkan tentera Musyrikin.

pada bulan ini...
Islam membuka kota Mekah dalam peristiwa 'Fathul Makkah'

pada bulan ini...
kerajaan Rom tunduk di bawah pemerintahan Rasulullah

pada bulan ini...
penduduk Yaman seluruhnya memeluk Islam dalam masa 1 hari apabila Ali bin Abu Talib membawa surat baginda Rasulullah kepada penduduk Yaman.

pada bulan ini..
Khalid bin Al Walid meruntuhkan berhala Al 'Uzza (menurut kepercayaan Jahiliyyah, al 'Uzza merupakan patung dewi terbesar di Makkah dan sering disebut apabila mereka bersumpah)

pada bulan ini...
bandar Taif diserah kepada pemerintahan Islam. bandar ini pernah mencatatkan sejarah apabila penduduk di situ menghalau nabi Muhammad semasa berdakwah di sana.

pada bulan ini...
kota Andalus (Sepanyol) ditawan oleh umat Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad. sejurus tentera umat Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal mereka supaya mereka tidak terfikir untuk berundur. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

itulah antara sebabnya, kenapa bulan Ramadan ini istimewa dan merupakan bulan yang dinanti oleh umat Islam.

rujuk:
fauzan ibrahim
Ramadan : tetamu yang dirindui oleh
Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang

No comments: