Sunday, March 8, 2009

Kembara hari Sabtu

Assalamualaikum...

7 Mac 09 sekali lagi menyaksikan 1 perhimpunan rakyat yang menuntut kerajaan supaya memansuhkan PPSMI. sebelum nih, dah ade 2 perhimpunan rakyat (kalo salah sori), masing-masing menuntut kerajaan mengadakan pilihanraya yang adil [BERSIH] dan menuntut kerajaan supaya menurunkan harga minyak [PROTES]. Aku, sejujurnye telah men-join ketiga-tiga demo itu...(join perhimpunan nih leh kene buang skola ke?)



Sebelum pergi
Kami [aku, ayah aku, mak aku, adik aku] bangun pukol 5.00 pagi dan bersiap. Pada pukol 6.00 pagi baru bertolak. ni pagi ari sabtu ye..

Dalam perjalanan
Nothing unusual happen, just a normal journey

Dah sampai
Terus makan nasi. kemudian turun ke Central Market dan round dulu kat situ. tengok macam2 jenis orang.

Dalam perhimpunan
Terpisah ngan ayah. diye dah pergi depan. tinggal aku, mak aku dan adik aku sorang. join orang berarak. jalan. dummm! gas pemedih mate berteriak. mase untuk berundur. jalan ke belakang balik. mate dah pedih dan gatal. tak boleh nak buke mate. pakat jalan je. langgar orang, naseb la. saluran pernafasan rase sedikit sebanyak tersekat. kemam garam. ade orang baik hati pergi agih garam. dyeorang dah taunye, polis mmg x redho ngan perhimpunan ni. aku bawak sebotol air. basuh muke dengan air tuh. minum siket. beri ke mak dan adik.
berehat. duduk dan kawal pernafasan. tenang. mara balik. polis sekat. tak boleh lalu ke istana negara. pahtu ade announcement nak pegi Masjid negara balik. dah, polis sekat. nak wak camne?

sampai kat masjid negara. nampak orang kene gas. dalam masjid, masih kene. luar masjid pun kene. Polis yang lempar. tunggu Polis blah. pastu, jalan nak masuk ke Masjid negara terbuka. masok lam perkarangan Masjid negara. [nampak Fuad]

pastu, orang berkumpul. dengar orang berucap. Mahasiswa bawak model keranda. orang berdoa. aminkan. pastu keluar ke luar pagar Masjid. janji nak jumpe dengan ayah kat situ. Polis lalu. pakat sorak ke Polis.

anjing.
mak bapak x ajar.
boooo!
YAHUDI.



antare sumpah seranah dan keji-kejian serta caci-makian orang ramai terhadap Polis. aku turut bersorak.

Perjalanan balik
fuh! satu pengalaman yang turut sukar dilupakan. waktu malam. dah sampai Paka. ade simpang tiga kat Paka tuh, pastu ade la satu Citra nak masuk ke sebelah sana. ayah aku tak perasan ade Citra tuh. dah la kaler Citra tuh hitam, malam pulok. tambah-tambah tak de lampu kat situ. ayah aku terus tekan brek. Bergesek tayar ngan jalan. Sebelah Citra tu pulak ade la satu lagi kerete. tak nampak jenis ape, model ape. ade jarak la antare Citra ngan kerete tuh. Unser keluarga aku pon lalu la antare Citra dengan Kerete tuh. Kalu ikot jarak sebenar, memang kereta Unser tak lepas antare Citra dan kerete tuh. pertolongan Allah.

Sampai umah dengan jayanye.

No comments: