Tuesday, January 13, 2009

Kehidupan....misteri dan komplek?

Assalamualaikum...

entry kali ini akan menceritakan tentang kehidupan. kehidupan. semua orang mempunyai kehidupan. setiap yang hidup mempunyai kehidupan. kehidupan untuk yang hidup. namun, kehidupan itu menjanjikan banyak kesusahan, dugaan dan juga ujian. kesusahan datang dengan pelbagai cara. begitu juga dengan dugaan dan juga ujian. bergantung kepada masing-masing untuk mencorakkan kehidupan masing-masing.

kehidupan juga menjanjikan banyak konflik. konflik rumahtangga, konflik politik, tidak ketinggalan juga konflik dengan orang-orang tertentu. aku banyak menghadapi konflik dengan orang-orang tertentu. salah seorang daripada mereka ialah tak lain dan tak bukan, si tengku maryam. macam mana aku boleh berkonflik dengan beliau tu adalah masalah aku.

selain beliau, aku banyak berkonflik dengan orang lain. baru-baru ni, aku mendapat satu kiriman sms yang amat memilukan. apa kandungan sms tersebut tidak akan disebutkan di sini, begitu juga dengan pengirimnya. kiriman sms itu amatla memilukan dan ditulis dengan penuh sifat peng-anjingan.

ahhh. begitula kehidupan. walaubagamanapon, kite janganla berputus asa dengan kehidupan. kite masih ada Dia. kita masih mempunyai tempat untuk mengadu. Dialah Allah. Tuhan Semesta Alam. Tiada Tuhan Melain Allah.

wassalam.
-ahhh. kehidupan.-

No comments: