Monday, January 30, 2012

Made In Malaysia

Assalamualaikum...

Dah kecoh dengan keputusan AJL ke-26. dalam facebook, kat blog, kat twitter dan sume org dah umumkan keputusan AJL ni. Yuna tak menang. nak buat camane, bukan rezeki tu bai.yang tak follow, takpela. tak jadi masalah besar pun.

kat sini, bukan aku nak umum keputusan dia. bukan jugak aku nak kondem AJL. nak promote suh korang support AJL pun bukan.

tapi aku nak tarik perhatian para pembenci lagu melayu sekalian tentang lagu melayu. persepsi orang seperti ni bila dengar ayat "try dengar lagu melayu ni jap" ialah "lagu melayu? pleasssse, not my taste.*rolling eyes*"

hadoww.

kawan, tak semua lagu melayu tu tak sedap. tak semua jugak lagu melayu ni jiwang takde makne entah ape-ape. ade je yang berkualiti, not bad dan boleh tahan. tapi yela, memang la tak sama dengan yang Made In South Korea, yang Made In US, yang Made In UK ataupun yang Made In Japan.

bukanla aku nak kate "sila support industri kita. kalau kita tak support sape lagi nak support?" tu betul, tapi ayat tu agak lame dan berbunyi semacam memaksa. tapi apa yang aku nak kate, sila la jugak jenguk-jenguk industri kita, jangan duk berbangga dengan yang import je, jangan jugak ade persepsi negatif kat industri kita. okehhh? got it?

bukan ke effect ni agak bertentangan dengan tema AJL, air? haha. tapi awesome la.

MADE IN MALAYSIA. bangga la sket bai.

Wednesday, January 25, 2012

Sekolah, tempat aku belajar

Assalamualaikum...

Tadi siang aku decided untuk melawat tempat belajar aku selama kurang lebih 5 tahun. kurang tu tolak dengan kelas yang aku ponteng, lebih tu tambah dengan kelas tambahan yang aku berpeluh-peluh hadir. jd, kurang lebih 5 tahun aku sekolah kat situ. datang pukul 7.00 balik pukul 4.30. selama 5 tahun. 5 tahun beb. dari aku sekecil anak tikus *okay, hiperbola* sampai besar sihat macam ni.

aku ade belajar pasal akademik, belajar la sikit-sikit pasal akhlak, belajar sikit-sikit pasal sirah, adela kot dengar sikit-sikit pasal Al-Liwa' dan macam-macam lagi yang aku belajar.

yela, dah nama pun sekolah, memang la tempat belajar. ye tak?

sampai ke hari ni, aku ada belajar sesuatu kat sekolah. aku belajar masih banyak yang aku tak tau atas dunia ni. plkn tu cuma benda kecik. tak perlu pun bangga terlebih dos jadi sorang wira atau wirawati *okay, agak kasar*

nasihat aku utk freshie kat sekolah, sila belajar dengan tekun. tapi belajar tak semestinya dalam kelas.

akhir kata, selamat maju jaya dalam menuntut ilmu

quote yang agak popular. ade kate betul ade kate salah. kepala masing2

Wednesday, January 18, 2012

Lelaki merokok lelaki cool!

Assalamualaikum...

Lelaki merokok lelaki cool. tak caye?

tak cool ni?


ni pun masih tak cool?


kalau yang atas tu tak, ni mesti cool, kan? ke tak jugak?



okela. aku bet yang ni mesti cool punye. ehh, takk?




haa, yang ni cool. ape? tak?



yang last ni konfem cool. yea.

tengok diaorang punye paru-paru jap. kejap je.


yang hitam tu adalah sebab adanya tar, salah satu dari 1001 racun dalam rokok.

eeeeee, kotor betul.

eh, jap. kau gadaikan paru-paru dan seluruh hayat kau untuk nampak cool, ye perokok?


p/s: perempuan, bila dia nampak lelaki hensem dan kaya merokok, memang dia kata cool. tapi bila dia nampak lelaki yang kerja buruh, kulit hitam lagi, berparut jerawat penuh satu muka, tengah isap rokok, memang dia kata buruk. hahaha